Sunday, June 28, 2009


tumbuhan hijau telah membuatkan aku lebih bersemangat untuk menjejakkan kaki di rentis blau hingga ke rentis chegar anjing...sejauh 23km....mendaki,menuruni dan meredah bukit yang dipenuhi kehijauan yang sgt indah....

selasa- 23 jun 09
-aku bersama dengan staf dan guide telah memulakan perjalanan memasuki rentis dengan tujuan pembersihan trail untuk lawatan pelawat australia pada minggu depan...aku,epi,abg chik, abg kasim,sheik,amzani,emy,mat,abg joe dan joe muncop telah memulakan perjalanan pada seawal jam 1o pagi...(awal ker)hahahha...
-pelbagai rintangan mudah dilalui...aku mula mengeluarkan parang memotong pokok2 kecil yang menghalang perjalanan...sesekali terjumpa dengan pacat yang sedang menari atas tanah untuk hinggap di kaki mangsa...huhuhu banyak jugak lekat kat aku...aku berjalan mengikut ketua operasi iaitu bro amzani...dia ni guide yang dikatakan gempak la...gunung tahan dah beratus kali naik...bagi dia gunung kinabalu langsung xbest berbanding gunung tahan....sebab gunung kinabalu hanya mempunyai ketinggian tetapi tidak mempunyai rintangan dan keindahan seperti gunung tahan...
-setelah sejam setengah berjalan melalui rentis blau...kami tiba di kem batu asah...
aku,sheik n abg kassim sampai awal dam kami mengeluarkan peralatan memasak untuk masak air dan megi....duk tepi sungai masak megi...best siot...
- setelah menghilangkan penat di kem batu asah dan setelah selesai membersihkan kawasan sekitar,kami mula bergerak ke kem yong setelah samapai di kem yong kami memasang khemah dan bermalam di kem ini...aku tertido awal setelah penat berjalan sambil membersihkan trail sejauh 6km....

rabu- 24 jun 09
-kami memulakan perjalanan ke kem renuis yang mengambil masa selama 4jam berjalan kaki...masa yang diambil bertambah sebab kami perlu membersihkan rentis untuk memudahkan para pelawat melauinya...laluan kali ini makin mencabar sebab terpaksa meredah sungai yang bearus deras dan air yang pada paras tinggi...ini sumer sebab hujan pada malam td...tapi xper semua tu cabaran...
- sampai di kem renuis pada jam 3 petang...kami terus memasang khemah... disini kawasan khemah agak kecil...dan susah untuk mencari katu untuk pacak khemah...
bermalam disini sgt sejuk sebab betul2 tepi sungai tenor...cuma warna airnyer yang agak macam tea susu...
-aku byk mengambil ilmu ttg hutan dari abg chik...dan juga bro amzani...
abg chik adalah org yang byk pengetahuan ttg hutan di kuala tahan...kira expert tahap gaban r...otai dia ni...tembak kepala org siam dalam hutan ni pun dia pernah... gempak beb....ari ni juga kami berjalan sejauh 6km dan telah meredah 3 buah bukit yang agak tinggi...ni la yang di maksudkan oleh bro amzani... keindahan dan cabaran yang lebih menarik dari gunung kinabalu...

khamis- 25 jun 09
-pada hari ni kami juga bergerak seawal jam 10 pagi setelah selesai sarapan pagi dan mngemas khemah...destinasi seterusnya kem lata ketatih dah kem lameh....
perjalanan hari ni xjauh...hanya 4km tetapi terpaksa mengharungi jalan yang berbahaya di lereng bukit....tapi ni la cabaran yang kami perlu tempuh setelah terima arahan dari eN taufik...
-pendakian bukit dan melaui lereng bukit ni agak rumit kerana tanah agak lembab dan tebing agak curam....kalo silap hari bulan jatuh dan terus masuk dalam sungai...
dalam pemerhatian aku... keindahan hari ni paling menarik...xsia2 aku mengikuti tugas ni walaupun ada 4 kuku jari kaki aku nk tercabut...sakit siot...
-pe yang menarik perjalanan ari ni sebab aku melalui rentis yang bersebelahan air terjun....indah giler...lalu lereng bukit yang tepi dia juram dan air terjun... macam2 perasaan timbul..takut ada,cuak ada,hepi pun ada....maklumlah perjalanan perlu berhati2...kalo x jatuh la dala juram tu...
beg yang dibawa pun agak berat...byk barang makan....huhuhuhu
-sampai di kem lata ketatih kami semua berehat dah menyediakan mkanan tengahari...kemudian kami meneruskan perjalan ke kem lameh yang xjauh dari kem lata ketatih yang mengambil masa hanya setengah jam...
- sampai di kem lameh aku terpegun tgk anak sungai yang membentuk air terjun... lebih cantik dari sungai congkak...sempat la jugak aku n epi bergambar...
maklumlah...kitorang ni suka bergambar...budak2 PAMs sumer giler lensa...hahahh
kami bermalam di kem lameh... pada malam tu aku byk ambil ilmu ttg hutan dengan abg kasim dan byk bercerita dengan sheik mengenai jabatan....macam 2 aku dah tau...huhuhuhu

jumaat-jun 09
- hari adalah hari paling aku tunggu...pulang ke kuala tahan... mana tidak nyer kaki aku dah bengkak teruk...tunggu masa jer kuku aku nk tercabut...sakit giler.... tapi ni sumer pengalaman...
- hari ni perjalanan agak jauh dan terpaksa melalui bukit yang agak tinggi dari bukit teresek...iaitu 751m dua kali ganda dari bukit teresek yang hanya 344m... perjalanan hari ni sejauh 7km menuju ke bumbun chegar anjing...
- dalam perjalanan hari ni kami melaui bayk anak sungai dah terdapat bayak pokok tumbang yang perlu dibersihkan kerana menghalang laluan rentis... setelah melepasi bukit yang tinggi tu kami melalui jalan yang agak landai dan tiba di satu kawasan bekas penempatan org siam...
- dalam hati aku,mmg betul2 menyumpah aku pada org siam ni...berani menceroboh masuk taman negara dan tebang pokok ikut suka...tujuan org siam ni selalunyer masuk cari poko gaharu.....mahal nilainyer,sebab tu la dorg sanggup dtg menceroboh...
nasib baek abg chik xbawa senjata...kalo jumpa orang siam ni...mesti ada yang maut kena tembak nih...
- aku ambil gambar kawasan sekitar untuk membuat laporan pada En taufik....dari kesan yang ditinggalkan... lebih kurang 5, 6hari lepas dorg tinggalkan tempat tu....
- kami berehat disitu dah masak makanan untuk tengahari...kami menhabiska segala bekalan makanan yang masih tinggal kerana hari ni hari terakhir dalam hutan...
kemudian kami bergerak ke bumbun chegar anjing yang mengambil masa setengah jam dari lokasi pencerobohan....xguna punya siam...

AKHIRNYA...
-kami tiba di bumbun chegar anijng pada jam 3 ptg dan menaiki bot melalui sg tahan unutuk pulang ke kuala tahan....pada operasi pembersihan trail ni aku rasa ia satu pengalaman yang sgt menarik...byk yang aku nk citer tapi dah panjang sangat....
aku hepi dapat kenal ngan mat,emy,bro amzani dan abg joe...dorg ni antara guide yang berpegalaman di kuala tahan....aku juga hepi dapat kenal abg joe muncup sebab dia la yang byk memasak untuk kami dalam hutan...badan kecik tapi angkat beg sampai dua pun larat...respek aku...aku juga byk dapat byk ilmu ttg hutan dari abg chik ,abg kasim n sheik... thanks.... segala pengalaman ni aku akan simpan dalam sejarah hidup aku...huhuhuhu

No comments:

Post a Comment